BANTUAN STR FASA 3 (2026 SEMAKAN ONLINE)
Status permohonan baharu STR FASA 3 boleh di semak secara online di Portal Rasmi MySTR dan bayaran akan mula diagihkan kepada penerima yang berstatus lulus mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.
Berikut disertakan dengan panduan lengkap cara semakan permohonan online, tarikh bayaran dan maklumat lanjut mengenai bantuan str 2026.
Bagaimanakah semakan bantuan str fasa 3 2026 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: KEMASKINI BANTUAN STR 2025 (UPDATE ONLINE MAKLUMAT TERKINI)
CARA SEMAKAN STR FASA 3
Status permohonan bantuan STR fasa 3 boleh disemak melalui beberapa kaedah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- (pilih menu log Masuk MySTR>Semakan Status) atau;
- Kunjungi ke Pejabat LHDNM yang berhampiran.
SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3
Panduan lengkap Semakan Status Bantuan STR FASA 3 online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status STR anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR 2025 seperti berikut:
- Isi Rumah
- Berkahwin (Ada atau Tidak Mempunyai Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Mempunyai Anak) yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN STR
Kadar Kelayakan STR FASA 3 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM150 |
| Bujang RM 2500 dan kebawah | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan STR Fasa 3 2026, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Tolong bagi link untuk satu kemas kini data untuk permobonan str 2025