BANTUAN STR 2025 BILA MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR 2025 BILA MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Berdasarkan rekod, seramai lebih 8.7 juta pemohon yang telah disahkan ‘layak’ menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kemungkinan jumlah penerima untuk fasa pertama (1) tahun 2025 akan bertambah seiring dengan permohanan baharu dan rayuan dibuka sepanjang tahun.

Ketahui tarikh Bantuan STR fasa 1 bila masuk dan ikuti cara semak status layak atau tidak di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM900 & RM1200 & RM600)

BANTUAN STR 2025 BILA MASUK

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR bagi tahun 2025 mengikut fasa :

FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Januari 2025
atau
Februari 2025
April 2025Ogos 2025November 2025
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan akan dikemaskini kembali apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.

WAKTU BANTUAN STR MASUK

Setelah tarikh bayaran Bantuan STR diumumkan, bayaran akan dimasukkan ke dalam setiap bank mengikut waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025

Hanya Warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan seperti berikut layak menerima Bantuan STR pada tahun 2025 :

  • ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
  • WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • IbuBapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
    • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan individu bawah RM5,000 sebulan.
  • BUJANG :
    • Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
    • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

SEMAK STATUS BANTUAN STR 2025 LAYAK ATAU TIDAK

Ketahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan STR 2025 melalui semakan pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2025 MASUK

Masing-masing penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut :

  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM1,000.
    • 1-2 anak : RM1,500.
    • 3-4 anak : RM2,000.
    • 5 ke atas : RM2,500.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500.
    • 1-2 anak : RM750.
    • 3-4 anak : RM1,000.
    • 5 ke atas : RM1,250.
  • Bujang (Umur 60 tahun ke atas) :
    • RM600.
  • Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) :
    • RM600.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

2 thoughts on “BANTUAN STR 2025 BILA MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment