SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM900 & RM1200 & RM600)
MyKad (Kad Pengenalan) dicipta khas berasaskan cip yang membolehkan MyKad diguna pakai seperti kad pintar untuk pelbagai transaksi tanpa tunai (cashless). Oleh itu, kerajaan Madani melancarkan Bantuan Dalam MyKad bagi memudahkan penerima menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat.
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan dalam mykad? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1) : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA
HAD KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Dalam MyKad penerima mengikut had yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | HAD KREDIT SEBULAN | HAD KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM100. Warga Emas : RM100. Bujang : RM50. | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. |
Asas Bukan Miskin | Isi Rumah : RM100. Warga Emas : RM50. Bujang : – | Isi Rumah : RM900. Warga Emas : RM450. Bujang : – |
KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
*Nota : Pembelian mestilah tidak melebihi jumlah bantuan yang dikreditkan Dalam MyKad penerima. Sekiranya melebihi had bantuan, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD
Berikut merupakan panduan semakan status sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor MyKad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status MyKad anda akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya semakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, anda boleh membuat semakan pada pautan berikut :
- Sila layari laman rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Dalam MyKAD’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD
Apabila anda disahkan ‘layak’, anda boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad mengikut panduan cara guna seperti berikut :
- Kunjungi mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran;
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan;
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan Dalam MyKad;
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih;
- Masukkan 6-digit nombor PIN MyKad yang anda tetapkan;
- Transaksi bayaran akan diproses;
- Resit bayaran akan diberikan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Cek barang dalam my card