BANTUAN SARAWAK PAY 2025 (SKAS RM800, RM400 & RM250)
Berita baik kepada warga Sarawak! Kerajaan Sarawak telah mengumumkan bantuan tambahan TANPA TUNAI kepada golongan sasar (B40 & M40), dan akan bermula pada tahun 2025.
Bantuan SKAS ini khusus untuk warga Sarawak yang menetap di Sarawak, untuk membuat pembelian barangan keperluan asas harian.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan Sarawak pay 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARAWAK PAY SEMAKAN STATUS 2025 (SKAS RM800 & RM400 & RM250)
PENGENALAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Sumbangan Keperluan Asas Asas (SKAS) Sarawak adalah inisitif bantuan Kerajaan Sarawak untuk membantu warga Sarawak yang menetap di negeri ini. Bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI melalui Sarawak Pay, khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak di kedai runcit berdaftar merchant Sarawak Pay, termasuklah di kawasan luar bandar.
Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, penerima bantuan SKAS terdiri daripada kategori Isi rumah, Warga emas tanpa pasangan atau anak, dan Individu bujang dari golongan B40 dan M40, termasuklah mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang stabil.
Sebanyak RM460 juta akan diperuntukkan, dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 800,000 rakyat Sarawak. Program ini untuk memastikan setiap keluarga di Sarawak, dapat menyediakan makanan asas untuk keperluan harian mereka.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK
Berikut adalah kategori kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:
- Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
- Isi rumah, berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
- Warga emas TANPA pasangan dan anak, berpendapatan RM5,000 kebawah.
- Bujang, berpendapatan RM2,500 kebawah.
Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARAWAK PAY (SKAS)
Mengikut kenyataan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), bantuan tambahan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI, melalui akaun Sarawak Pay. Kaedah ini adalah untuk memastikan bantuan tersebut digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan keperluan lain di kedai-kedai runcit berdaftar merchant Sarawak Pay, termasuklah di kawasan luar bandar.
JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
JADUAL TARIKH MASUK BAYARAN BANTUAN SARAWAK PAY (SKAS)
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila secara rasminya dihebahkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Tarikh permohonan masih belum diumumkan. Maklumat mengenai tarikh pembukaan dan penutupan permohonan akan dikemaskini dari masa ke semasa apabila telah diumumkan secara rasmi oleh Pihak Kerajaan Negeri Sarawak.
PERMOHONAN DAN SEMAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Kaedah/cara untuk membuat permohonan dan semakan bantuan ini masih belum diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak. Sebarang maklumat terkini berkenaan dengan permohonan dan semakan SKAS 2025, pihak kami akan kemaskini secepat mungkin apabila secara rasminya diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/
Tq