SARA EKASIH BANTUAN KERAJAAN 2025 (RM1200 & RM600)
Untuk makluman anda, Kerajaan telah memperkenalkan sistem eKasih untuk menangani isu kemiskinan di Malaysia. Melalui pendaftaran eKasih, dan berstatus ‘LULUS’ akan layak menerima pelbagai inisiatif bantuan tambahan kerajaan, termasuklah bantuan MyKasih/SARA yang khusus untuk mereka yang berstatus Miskin/Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih.
Bagaimanakah permohonan dan semakan sara ekasih bantuan kerajaan 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARAWAK PAY 2025 (SKAS RM800, RM400 & RM250)
APA ITU EKASIH
Sistem eKasih merupakan pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Selain itu, pendaftar eKasih yang berstatus LULUS, juga berpeluang mendapatkan bantuan tunai tambahan Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih, dimana syarat kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah MESTI terdiri daripada kumpulan Miskin/Miskin tegar eKasih yang tercatat dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Bantuan MyKasih/SARA ini akan disalurkan kepada golongan Miskin/Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih secara automatik. Oleh itu, bagi melayakkan diri menerima bantuan ini, individu hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan eKasih (bagi golongan miskin sahaja).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERMOHONAN BANTUAN KERAJAAN SARA
Untuk menerima bantuan ini, individu perlulah terdiri daripada pendaftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar), atau penerima bantuan STR (BUKAN MISKIN eKasih). Namun begitu, pendaftar eKasih juga boleh membuat permohonan STR untuk menerima lebih banyak bantuan tambahan Kerajaan.
Pendaftaran dan semakan status kelulusan ekasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
Panduan lengkap permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
TALIAN BANTUAN PENDAFTARAN EKASIH
Berikut merupakah senarai talian yang boleh dihubungi untuk pendaftaran eKasih, mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
KAEDAH SEMAKAN BANTUAN SARA 2025
Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA EKASIH DI PORTAL MYKASIH
Semakan status kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA DI PORTAL MYSTR
Check status kelayakan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH BANTUAN KERAJAAN
Kadar bantuan yang akan disalurkan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR – MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (Sebulan RM 100) | RM 900 (RM 100 Sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (Sebulan RM 100) | RM 450 (RM 50 Sebulan) |
Bujang | RM 600 (Sebulan RM 50) | – |
TARIKH PENGKREDITKAN SARA EKASIH BANTUAN KERAJAAN
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
- Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
- BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih (Penerima STR 2025) – Bermula April 2025
Catatan : Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Saya nk duit