BANTUAN SARAWAK PAY SEMAKAN STATUS 2025 (SKAS RM800 & RM400 & RM250)

BANTUAN SARAWAK PAY SEMAKAN STATUS 2025 (SKAS RM800 & RM400 & RM250)

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan sebuah bantuan khas untuk warga Sarawak yang bertujuan untuk membantu golongan sasaran merangkumi isi rumah, warga emas dan juga bujang menampung kos pembelian barangan keperluan asas bagi tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status bantuan Sarawak SKAS? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK PAY : REGISTER SKAS SEKARANG (RM800 & RM400 & RM250)

APA ITU BANTUAN SARAWAK PAY

Bantuan Sarawak yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah untuk membantu menampung kos pembelian barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan pelbagai lagi keperluan yang diperlukan oleh rakyat.

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN SARAWAK

Cara pembayaran Bantuan Sarawak (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bukanlah dalam bentuk wang tunai. Namun Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan bantuan ini kepada warga Sarawak melalui pengkreditan ke akaun SarawakPay supaya penerima mendapat bantuan dengan berkesan.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARAWAK

Hanya warga Sarawak yang menetap di Negeri Sarawak serta memenuhi syarat-syarat berikut sahaja layak menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui akaun Sarawak Pay :

  • Isi Rumah :
    • Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
    • Tiada had umur.
  • Warga Emas :
    • Tiada pasangan / balu / ibu bapa tunggal;
    • Tiada tanggungan;
    • Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
  • Bujang :
    • Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARAWAK

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bergantung kepada kelayakan setiap penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SARAWAK
ISI RUMAHRM800
WARGA EMASRM400
BUJANGRM250

BANTUAN SARAWAK PAY SEMAKAN STATUS 2025

Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Sarawak Pay, semakan hanya boleh dilakukan di pautan portal rasmi atau aplikasi rasmi sahaja. Namun, kerajaan Negeri Sarawak belum membuka mana-mana portal secara rasmi untuk semakan status.

*Sekiranya portal atau aplikasi telah dibuka secara rasmi untuk semakan status, pihak kami akan kemaskini kembali panduan cara semakan status yang lengkap.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

*Rujuk info lebih lanjut di sini : https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/10488/UKAS.

Leave a Comment