BANTUAN RAHMAH 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN
Pelbagai inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutama B40 dalam meringankan beban kos sara hidup disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, termasuk dengan menyediakan bantuan dalam bentuk tunai dan tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan bantuan rahmah 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE : FASA 2 2026
JENIS BANTUAN RAHMAH 2026
Bantuan Rahmah 2026 terdiri daripada :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH 2026
Kelayakan Penerima Bantuan Rahmah 2026 terdiri daripada :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
Info : Setiap penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik sebagai bantuan tambahan.
JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2026
Amaun Bantuan Rahmah 2026 adalah seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran digantikan dengan Bantuan SARA |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH 2026
Status kelayakan Bantuan Rahmah 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
Cara Semakan Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
TARIKH & JADUAL BAYARAN BANTUAN RAHMAH 2026
Bantuan Rahmah 2026 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| JENIS BANTUAN RAHMAH | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Pembayaran dibahagikan Secara Berfasa : Fasa 1 : 20 Januari 2026 Fasa 2 : 10 Mac 2026 Fasa 3 : Belum diumumkan Fasa 4 : Belum diumumkan |
| Sumbangan Asas Rahmah (STR) | Pembayaran Secara Bulanan : 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026