SEMAKAN STATUS EKASIH ONLINE 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN DIBAYAR DALAM MYKAD RM200 SECARA BULANAN
Penerima yang tersenarai dalam sistem data eKasih akan secara automatik layak menerima bayaran bantuan dalam MyKad yang disalurkan secara bulanan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup golongan yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan status eKasih secara online? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR TAMBAHAN 2026 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)
APA ITU EKASIH?
EKasih bukanlah bantuan/program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data isi rumah yang dalam sistem eKasih akan digunakan oleh Kerajaan serta agensi pemberi bantuan supaya penerima mendapat bantuan dengan jumlah yang selayaknya seperti bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad dengan jumlah yang tertinggi.
KELAYAKAN PENERIMA EKASIH 2026
Berikut merupakan antara syarat kelayakan am untuk penerima eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua isi rumah (KIR) / ahli isi rumah (AIR);
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa :
- Contoh miskin tegar : RM1,169 sebulan / miskin : RM2,208 sebulan (berbeza mengikut kawasan dan tahun).
*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
JUMLAH BANTUAN YANG DIBAYAR DALAM MYKAD PENERIMA EKASIH
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dibayar dalam MyKad untuk penerima eKasih dan bukan eKasih mempunyai perbezaan yang ketara seperti berikut :
| PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Bujang : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun | Bujang : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
TARIKH BANTUAN YANG DIBAYAR DALAM MYKAD PENERIMA EKASIH
Setiap penerima eKasih dan bukan eKasih yang layak akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dalam MyKad secara bulanan mengikut tarikh seperti berikut :
- 09 & 16 Januari 2026 (Jumaat).
- 01 Februari 2026 (Ahad).
- 01 Mac 2026 (Ahad).
- 01 April 2026 (Rabu).
- 01 Mei 2026 (Jumaat).
- 01 Jun 2026 (Isnin).
- 01 Julai 2026 (Rabu).
- 01 Ogos 2026 (Sabtu).
- 01 September 2026 (Selasa).
- 01 Oktober 2026 (Khamis).
- 01 November 2026 (Ahad).
- 01 Disember 2026 (Selasa).
SEMAKAN STATUS EKASIH ONLINE 2026
Status kelayakan sebagai penerima eKasih boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Cara Semak Status Kelayakan Pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut :
- Anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Status Kelayakan Penerima Bayaran Dalam MyKad :
- Layari Portal Rasmi SARA, di pautan ini :
- Anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah.
- Masukkan 12 Digit [Nombor MyKad*] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.