BANTUAN IPT SARAWAK 2025 : RM1200, PERMOHONAN & SEMAKAN ONLINE
Primier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membentangkan dan menyenaraikan beberapa bantuan pada tahun 2025 yang khas untuk rakyat di Sarawak termasuk Bantuan Khas IPT (Institusi Pengajian Tinggi) khususnya untuk pelajar anak kelahiran Sarawak.
Bagaimanakah permohonan dan semakan online bantuan ipt sarawak rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN 300 EWALLET (ONLINE ONE OFF)
PENGENALAN BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Inisiatif Bantuan IPT Sarawak adalah merupakan bantuan yang khas untuk anak kelahiran Sarawak yang sedang menuntut / melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi di seluruh Negara terutamanya bagi datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Disamping itu juga, inisiatif Bantuan IPT Sarawak ini diperkenalkan adalah untuk membantu pelajar anak Sarawak yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
KADAR BANTUAN IPT SARAWAK
Seramai lebih 25,000 pelajar anak kelahiran Sarawak dari keluarga yang berpendapatan rendah yang sedang menuntut / melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia akan menerima Bantuan Kewangan Khas dengan kadar sebanyak RM1,200 melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IPT SARAWAK
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan IPT Sarawak :
- Anak kelahiran Negeri Sarawak;
- Sedang menuntut / melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS;
- Pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.
PERMOHONAN BANTUAN IPT SARAWAK
Portal untuk permohonan Bantuan IPT Sarawak masih belum dibuka untuk pelajar kelahiran Sarawak membuat permohonan dan kemungkinan akan dibuka pada tahun 2025, namun akan dimaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat perubahan maklumat.
SEMAKAN ONLINE BANTUAN IPT SARAWAK
Portal untuk semakan status kelayakan permohonan Bantuan IPT Sarawak secara online (atas talian) juga masih belum dibuka. Namun, sekiranya telah dibuka, maklumat cara untuk semakan online akan dikemaskini.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dipaparkan di atas adalah dirujuk daripada pembentangan Belanjawan Sarawak 2025. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://sarawak.gov.my/.
Bujan
Anak Sarawak yang belajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang di bawah Kementerian Belia dan Sukan Layak mendapat bantuan ini.
Apakah Anak Sarawak yang belajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang di bawah Kementerian Belia dan Sukan Layak mendapat bantuan ini?