BANTUAN EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Golongan yang mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) layak daftar di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar eKasih untuk menerima dan menikmati bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar sehingga RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan ekasih online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK SKAS SARAWAK ONLINE : SEMAKAN FASA 2 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang;
- Pendapatan Bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin ATAU Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
CARA PENGKREDITAN SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilakanakan seperti berikut :
| TEMPOH BANTUAN | KAEDAH PEMBAYARAN | TARIKH AKHIR/LUPUT |
|---|---|---|
| Setiap Bulan (12 Bulan) Bermula Januari – Disember | Secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad | 31 Disember 2026 |
JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2026
Kadar Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
SEMAK STATUS PENDAFTARAN EKASIH ONLINE 2026
Status pendaftaran Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) sebagai penerima miskin dan miskin tegar ialah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026