BANTUAN EKASIH 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kerajaan memperkasa bantuan kewangan melalui bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pengkreditan tanpa tunai sehingga RM2,100 setahun kepada isi rumah eKasih bagi memastikan mereka menerima bantuan yang sewajarnya dan keperluan asas mereka mencukupi.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU EKASIH 2025
Sistem eKasih merupakan pengkalan data keluarga miskin untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Melalui pendaftaran eKasih, pelbagai bantuan tambahan yang layak diterima oleh pendaftar eKasih termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PANDUAN LENGKAP SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH ONLINE
Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
CARA KREDIT BAYARAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
CONTOH PASARAYA UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS MELALUI MYKAD
MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negara untuk pembelian menggunakan MyKad termasuk:
Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas.
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS BANTUAN SARA EKASIH 2025
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan megimbas Kod Barangan keperluan asas tersebut.
- Bayar Barangan Keperluan Asas tersebut Menggunakan MyKad.
- Simpan Resit Untuk Semakan transaksi pembelian.
SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut :
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status dan baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka :
- Kunjungi Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Juruwang akan menyemak baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara