BANTUAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 bagi Kategori Isi Rumah (B40) diperkasa dengan peningkatan peruntukan sehingga RM200 sebulan berbanding tahun sebelum ini hanya RM100.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan mykasih rm200 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bukan Berstatus eKasih;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Berstatus eKasih;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  9. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  10. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

JUMLAH MASUK BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025 DALAM MYKAD

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Penerima STR dan Berstatus eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM100
sebulan
RM 150
sebulan
BujangRM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM 50
sebulan

SEMAK BAKI DUIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  1. Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  2. Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  3. Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

Aplikasi Touch ‘N Go Ewallet:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status dan baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Mesin Kiosk Touch ‘N Go:

  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  4. Selesai.

Mesin Tambah Nilai Di Stesen Minyak Atau Kedai Serbaneka:

  1. Kunjungi Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
  3. Juruwang akan menyemak baki dalam MyKad.
  4. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment