BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 TARIKH PEMBAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM150 SETIAP MURID)

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 TARIKH PEMBAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM150 SETIAP MURID)

Persekolahan sesi 2025/2026 bakal bermula tidak lama lagi. Bagi membantu meringankan bebanan ibu bapa atau penjaga membuat persiapan barangan persekolahan anak, Kerajaan akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid yang layak dengan peruntukan sebanyak RM800 juta.

Bagaimanakah semakan bantuan awal persekolahan tarikh pembayaran? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan sejak tahun 2012 yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan ibu bapa atau penjaga untuk perbelanjaan barangan persekolahan anak-anak pada awal tahun.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa akan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk semua murid tahun 1 sehingga tingkatan 6 tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

  • Murid warganegara Malaysia:
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  • Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti;
    • Sekolah Henry Gurney.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 TARIKH PEMBAYARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN MURIDTARIKH PEMBAYARAN
Tahun 1 sehingga Tingkatan 4
(Persekolahan sesi 2024/2025)
13 Januari 2025
Tingkatan 6
(Semester 1 dan tahun 1 sesi
persekolahan 2025/2026)
16 Februari 2025
Tingkatan 6 baharu1 Julai 2025

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Jumlah pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid bagi persekolahan sesi 2025/2026 mengikut jumlah yang ditetapkan seperti berikut :

PERKARAJUMLAH PEMBAYARAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)RM150 setiap seorang murid

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menetapkan mana-mana bank tertentu bagi tujuan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kerana melalui proses seperti berikut :

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

Kaedah pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid adalah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke akaun murid sendiri;
  • Pengkreditan ke akaun ibu atau bapa murid; atau
  • Secara serahan tunai.

SEMAKAN STATUS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tidak perlu disemak kerana ianya akan disalurkan kepada semua murid tahun 1 sehingga ke tingkatan 6 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Secara umumnya, pihak sekolah akan mengedarkan borang pengesahan seperti berikut :

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Awal Persekolah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pihak sekolah masing-masing; atau
  • Talian KPM : 03-8884 6456

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/kementerian.

Leave a Comment