LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : SEMAK FASA 3 STR
Pihak kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan kewangan kepada golongan rakyat yang memerlukan. Ini bertujuan untuk menampung kos yang saban hari meningkat.
Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini terbuka untuk beberapa kategori dan terhad kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian STR ini dilakukan secara berfasa iaitu sebanyak empat (4) fasa.
Penerima yang layak memohon, wang bantuan akan disalurkan melalui pengkreditan ke akaun penerima atau penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Bagaimanakah LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN MQA : CHECK IJAZAH
KATEGORI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bantuan STR diberikan kepada beberapa kategori mengikut keperluan masing-masing. Berikut merupakan kategori yang layak menerima STR Fasa 3 dengan kadar bayarannya:
KATEGORI ISI RUMAH
- Pendapatan RM0 – RM2500
- 0 anak : RM150
- 1-2 anak : RM300
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak / lebih : RM650
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- 0 anak : RM100
- 1-2 anak : RM200
- 3-4 anak : RM250
- 5 anak / lebih : RM300
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Umur 60 tahun dan ke atas)
- Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150
PENERIMA BUJANG (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)
- Pendapatan RM0 – RM2500 : RM100
LOGIN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pemohon boleh login STR secara online di portal yang disediakan. Pemohon juga boleh menyemak status STR Fasa 3 pada untuk mengetahui kelayakan dan maklumat pembayaran. Berikut merupakan langkah-langkah untuk login STR:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :
Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel Rasmi : [email protected]