SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)
Bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam mendepani cabaran kos sara hidup, Kerajaan menyediakan inisiatif bantuan kewangan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memastikan mereka terus menerima sokongan bantuan yang sewajarnya.
Bagaimanakah semakan status str fasa 1 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CEK BANTUAN SABAH RM300 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENGENALAN BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan skim bantuan tunai Kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bantuan.
Mulai tahun 2025, Kerajaan telah menambahbaik bantuan ini dimana penerima yang LULUS STR akan layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk pembelian barangan keperluan asas.
SEMAKAN TARIKH MASUK BAYARAN STR 2025 FASA 1
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula pada 22 Januari 2025 |
*Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS STR FASA 1
Status Bantuan STR Fasa 1 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN BAYARAN STR 2025 FASA 1
Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR FASA 1 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak: RM 500 1 hingga 2 Anak: RM 500 3 hingga 4 Anak: RM 500 5 Anak keatas: RM 500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak: RM 150 1 hingga 2 Anak: RM 150 3 hingga 4 Anak: RM 250 5 Anak keatas: RM 300 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
CARA PENYALURAN BANTUAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
Semakan str 2025