BANTUAN TAMBAHAN STR : 2026 ONLINE SEMAKAN STATUS
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, layak menerima bantuan tambahan bulanan secara tanpa tunai melalui barangan asas bagi menampung perbelanjaan keperluan asas harian termasuk Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tambahan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA PERMOHONAN SARA 2026 : PANDUAN REGISTER, DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
BANTUAN TAMBAHAN STR
Bantuan tambahan STR ialah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas secara bulanan.
Kategori Penerima STR yang layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut :
- Penerima STR Kategori Isi Rumah (eKasih & Bukan eKasih);
- Penerima STR Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (eKasih & Bukan eKasih);
- Penerima STR Kategori Bujang (eKasih & Bukan eKasih).
TARIKH KREDIT BANTUAN TAMBAHAN STR
Bantuan tambahan STR 2026 akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Tambahan STR (Sumbangan Asas Rahmah) | 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
AMAUN BANTUAN TAMBAHAN STR
Kadar kelayakan tambahan STR (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN TAMBAHAN STR (SARA) | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN TAMBAHAN STR (SARA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | eKasih : RM200 Sebulan Bukan eKasih : RM100 Sebulan | eKasih : RM2,400 Setahun Bukan eKasih : RM1,200 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | eKasih : RM150 Sebulan Bukan eKasih : RM50 Sebulan | eKasih : RM1,800 Setahun Bukan eKasih : RM600 Setahun |
| Bujang | eKasih : RM100 Sebulan Bukan eKasih : RM50 Sebulan | eKasih : RM1,200 Setahun Bukan eKasih : RM600 Setahun |
SEMAK STATUS BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Status Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan STR (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN
Bantuan tambahan STR (SARA) akan dikreditkan seperti berikut :
| PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Penerima STR 2026 (Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, W.P Labuan) | Tanpa Tunai (Cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
CARA GUNA
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan ini, boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026