SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN
Bermula tahun 2026, kelayakan penerima bantuan dalam MyKad (Kad Pengenalan) melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluaskan membolehkan semua kategori termasuk Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang turut menerima bantuan ini secara bulanan.
Apakah syarat kelayakan bantuan dalam mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR); Pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL PENGKREDITAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan (12 bulan) kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| JENIS SARA | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| SARA BUKAN EKASIH | 1 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Kredit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam IC boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir, dan kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir akan luput secara automatik seperti berikut :
| TARIKH AKHIR GUNA KREDIT | CATATAN |
|---|---|
| 31 Disember 2026 | Elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan hadapan dan seterusnya bersama amaun bulan semasa dan HANYA SAH digunakan sehingga 31 Disember 2026 |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Semakan Status Kelayakan SARA | https://sara.gov.my/ |
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad seperti berikut :
- Langkah 1 : Pilih Premis Rakan Niaga Berdaftar
- Kunjungi pasar raya atau kedai runcit panel yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Langkah 2 : Pilih Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
- Ambil barangan daripada 15 kategori barangan asas yang dibenarkan (perhatikan label MyKasih pada tanda harga rak barangan).
- Langkah 3 : Bayar di Kaunter Juruwang
- Maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan MyKasih SARA. Serahkan MyKad anda untuk diimbas pada terminal khas.
- Langkah 4 : Simpan Resit
- Juruwang akan mengimbas barangan yang diluluskan, dan membuat pembayaran, juruwang akan menyerahkan resit yang mencatatkan baki terkini SARA anda.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026