CHECK STATUS SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

CHECK STATUS SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Ternyata masih ada lagi yang keliru antara SARA one off dengan SARA MyKasih sebelum ini. Untuk makluman anda, SARA one off merupakan bantuan tambahan tunai yang disediakan oleh Kerajaan Madani pada tahun 2024 khusus kepada KESEMUA penerima bantuan STR 2024, termasuklah mereka yang BUKAN dari golongan miskin atau miskin tegar.

Bantuan kali ini akan diberikan secara sekaligus bayaran iaitu sebanyak RM300 & RM150 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Bayaran akan dikreditkan seperti kaedah penyaluran STR iaitu secara TUNAI, dan penerima bantuan STR 2024 akan secara automatik menerima bantuan SARA one off ini.

Bagaimanakah cara check status sara one off 2024? Ikuti maklumat lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

APA ITU SARA ONE OFF 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 merupakan bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Madani khusu kepada semua penerima bantuan STR 2024 dimana yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan ini, dan kelayakan bantuan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024.

Berbeza dengan SARA MyKasih sebelum ini, dimana bantuan hanya terhad kepada mereka yang terdiri daripada kategori miskin dan miskin tegar yang tercatat dalam data eKasih, yang mana kaedah penyaluran bantuan adalah secara cashless (tanpa tunai) melalui MyKad, untuk membuat pembelian barangan keperluan barangan keperluan asas di pasaraya.

Untuk bantuan sara one off, bantuan ini merupakan bantuan sekali bayar dimana penerima akan menerima sebanyak RM300/RM150 secara sekaligus. Kaedah pengagihan bantuan ini adalah secara TUNAI, dan sama seperti STR, iaitu melalui pengkreditan ke akaun atau penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

CHECK SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2024

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

CARA PERMOHONAN SARA ONE OFF 2024

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima STR 2024, secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah berstatus lulus.

TARIKH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF

Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR:

  • Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.

CHECK STATUS SARA ONE OFF 2024

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang LULUS dan PENERIMA bantuan STR. Memandangkan bantuan ini khusus kepada kesemua penerima STR, semakan status akan dipaparkan di portal rasmi MySTR. Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR untuk mengetahui status kelayakan anda untuk bantuan ini.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini:
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

CHECK JUMLAH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 300
Warga emas tanpa pasangan & BujangRM 150

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment