SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
Salah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani isu kemiskinan tegar di Negeri Sabah adalah dengan meneruskan Program Bantuan Bersasar melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi membantu golongan memerlukan.
Bagaimanakah semakan bantuan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN JKM 2026 : SEMAK KELAYAKAN & JENIS BANTUAN YANG BOLEH MOHON
BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Program Bantuan bersasar Kerajaan Negeri Sabah melalui Sentuhan Kasih Rakyat diteruskan untuk membantu 140,000 rakyat miskin dan miskin tegar Sabah, untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi dengan kadar peruntukan sebanyak RM339.16 juta untuk tahun 2026.
Bantuan ini akan diberikan kepada rakyat Sabah yang memerlukan berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).
TUJUAN PELAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Pelaksanaan Bantuan Syukur Sabah 2026 adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Kelayakan Bantuan Syukur Sabah 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan Syukur Sabah 2026 seperti berikut :
| FASA BANTUAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Fasa 1 Januari – RM200 Februari – RM200 Mac – RM200 | RM600 |
| Fasa 2 April – RM200 Mei – RM200 Jun – RM200 | RM600 |
| Fasa 3 Julai – RM200 Ogos – RM200 September – RM200 | RM600 |
| Fasa 4 Oktober – RM200 November – RM200 Disember – RM200 | RM600 |
| TOTAL SETAHUN | RM2,400 |
SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Semakan Bantuan Syukur Sabah 2026 boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan Syukur Sabah 2026, mengikut fasa berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 21 Mei 2026 |
| Fasa 3 | 15 September 2026 |
| Fasa 4 | Akan Datang |
CARA PENYALURAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Bantuan Syukur Sabah 2026 kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq
syukur ada kah saya layak