BANTUAN TAMBAHAN STR : 2024 ONLINE SEMAKAN STATUS
Untuk makluman anda, kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR, dan kaedah bayaran akan disalurkan kedalam Mykad penerima untuk membuat pembelian secata tanpa tunai.
Pemohon dan penerima STR dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berikut kami sediakan maklumat lanjut mengenai bantuan tambahan, serta panduan semakan status bayaran.
Bagaimanakah semakan status bantuan tambahan STR 2024 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2024 ONLINE
TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR
Bayaran bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR bukan miskin, dan miskin tegar akan dilakukan secara berperingkat bermula 9 Disember 2024 (Isnin).
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN
Kadar bantuan SARA kepada penerima STR adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN (RM) SETAHUN |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan penerima bantuan Stambahan tunai SARA adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN SARA
Pemberian Bantuan Tambahan SARA adalah melalui dua (2) cara iaitu :
- Secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan MyKad (Penerima Semenanjung Malaysia); atau
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pengkreditan ke dalam akaun bank (Penerima Sabah dan Sarawak).
CARA SEMAKAN STATUS
Semakan kelayakan SARA 2024 adalah melalui dua kaedah seperti berikut:
- Semakan kelayakan SARA di Portal rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia di Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
PANDUAN SEMAKAN STATUS
Panduan lengkap semakan status SARA 2024 di portal MyKasih adalah seperti berikut:
- Layari portal https://mykasih.com.my/
- Klik pada butang [SEMAK STATUS] untuk semakan SARA.
- Masukkan no. MyKad yang betul tanpa [-].
- Kemudian, klik butang [Semak Status].
- Status penerimaan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN BAHARU
Bantuan tambahan SARA adalah bantuan kepada penerima STR, iaitu yang terdiri daripada kumpulan BUKAN miskin, dan juga miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR.
Untuk menerima bantuan ini, anda mestilah merupakan penerima bantuan STR.
Ikuti cara memohon bantuan secara online di pautan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Berdasarkan soalan lazim untuk menerima Bantuan SARA MyKasih, pemohon mestilah membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR dan mendaftar dengan e-Kasih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan bantuan SARA MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Portal rasmi : https://mykasih.com.my/
- Telefon : 03-7720 1800
- e-Mel : [email protected]