SEMAK BANTUAN SARA UNTUK B40 TERBARU 2026

SEMAK BANTUAN SARA UNTUK B40 TERBARU 2026

Supaya rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah seperti B40 dapat menampung peningkatan kos sara hidup, Bantuan Sara disalurkan dengan peruntukan sehingga RM15 billion untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semak Bantuan Sara Untuk B40? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN DAN BAKI BUDI95 TERBARU 2026

APA ITU BANTUAN SARA UNTUK B40?

Bantuan Sara untuk B40 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan di bawah program rahmah yang disalurkan khas untuk membantu rakyat berpendapatan rendah seperti B40 bagi menampung keperluan asas diri dan keluarga.

Setiap rakyat yang berpendapatan rendah (B40) yang berjaya lulus dalam permohonan STR akan secara automatik layak menerima Bantuan Sara yang dibayar secara bulanan menerusi Kad Pengenalan.

JUMLAH BANTUAN SARA UNTUK B40

Berikut merupakan jumlah Bantuan Sara yang dibayar untuk B40 yang daftar eKasih dan B40 yang bukan eKasih :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA B40
DAFTAR EKASIH
PENERIMA B40
BUKAN EKASIH
ISI RUMAHRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BUJANGRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA UNTUK B40

Semua kategori penerima B40 sama ada yang daftar eKasih atau bukan eKasih akan terima bayaran Bantuan Sara pada tarikh yang sama seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA untuk tahun 2026 :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Had Umur :
    • Isi Rumah : 18 tahun dan ke atas;
    • Bujang : 21 hingga 59 tahun;
    • Warga Emas : 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan :
    • Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Status eKasih :
    • Miskin Tegar – Daftar;
    • Bukan Miskin – Tidak Daftar;
  • Lulus permohonan Bantuan STR Fasa 1 2026.

SEMAK BANTUAN SARA UNTUK B40

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara, ikuti cara semakan lebih lanjut di bawah :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-“).
  5. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline SARA : 03-7720 1800 / E-melkan ke [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment