SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 3 2026
Status kelayakan penerima sama ada layak atau tidak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 boleh di semak bermula daripada tarikh pengkreditan diumumkan, dan semakan boleh dilakukan dengan mudah secara online di Portal Rasmi STR.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan str fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut di sini.
Baca juga: SEMAKAN BAKI DUIT SARA DALAM MYKAD 2026
SEMAK SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KRITERIA | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Status Perkahwinan | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
| Had Umur | Tiada had umur | Berumur 60 tahun dan ke atas | Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU) |
| Pendapatan Bulanan | Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah | Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah | Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah |
| Status Pengajian | – | – | Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
SEMAK KADAR KELAYAKAN STR 2026
Kadar Kelayakan Keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 adalah seperti berikut :
Isi Rumah :
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada (0) Anak : RM700
- Anak 1 hingga 2 : RM1,200
- Anak 3 hingga 4 : RM1,700
- Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
- Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada (0) Anak : RM200
- Anak 1 hingga 2 : RM450
- Anak 3 hingga 4 : RM700
- Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas :
- Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) :
- RM600
Bujang :
- Bujang (Berumur 21-59 tahun) :
- Bayaran digantikan Bantuan SARA;
- RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember)
TARIKH BAYARAN STR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara empat (4) fasa pembayaran setahun mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 & 4 | Tarikh bayaran belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
KAEDAH BAYARAN DUIT STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN STR
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026