SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH – PANDUAN LENGKAP

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH – PANDUAN LENGKAP

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah berdasarkan data penerima STR 2026, dan eKasih di mana semua kategori termasuk Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas turut layak menerima bantuan bulanan ini pada tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan bantuan asas rahmah? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BANTUAN MYSARA TERKINI 2026

KADAR KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

Total Setahun : RM600

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

TEMPOH PROGRAM BANTUAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

TARIKH BERMULATARIKH AKHIR/LUPUT
9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas)
16 Januari 2026 (Bujang)
31 Disember 2026

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Kemudian klik pada (Status Kelayakan SARA).
  11. Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment