KADAR BAYARAN SARA FASA JUN 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa Jun telah dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima dan kadar bayaran untuk Fasa Jun adalah bermula RM50 sehingga RM200 (tertakluk kategori dan kelayakan penerima).
Berapakah kadar bayaran SARA Fasa Jun? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SKAS – BAYARAN UNTUK RAKYAT SARAWAK
KADAR BAYARAN SARA FASA JUN 2026
Kadar pembayaran Bantuan SARA untuk Fasa Jun adalah ditetapkan mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN SARA FASA JUN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 |
JADUAL BAYARAN SARA FASA JUN 2026
Tarikh bayaran Bantuan SARA untuk Fasa Jun juga telah ditetapkan mengikut jadual seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Miskin Tegar | 1 Jun 2026 (Isnin) |
| Penerima Bukan Miskin | 1 Jun 2026 (Isnin) |
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bayaran Bantuan SARA yang ditetapkan bagi penerima ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’ :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA MISKIN TEGAR | KELAYAKAN PENERIMA BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Isi Rumah : 18 tahun ke atas Bujang : 21 – 59 tahun Warga Emas : 60 tahun ke atas | Isi Rumah : 18 tahun ke atas Bujang : 21 – 59 tahun Warga Emas : 60 tahun ke atas |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) | RM2,500 hingga RM5,000 sebulan |
| Status e-Kasih | Tersenarai dalam rekod data e-Kasih | Tidak tersenarai dalam rekod data e-Kasih |
| Status STR | Lulus Permohonan | Lulus Permohonan |
SEMAK BAYARAN SARA FASA JUN 2026
Bagi yang ingin mengetahui status bayaran Bantuan SARA untuk Fasa Jun sama ada telah dikreditkan atau belum, ikuti cara semakan lebih lengkap di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di atas 👆.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda ikut format :
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900230112345
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan tick pada [ / ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan seperti berikut :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
INFO LANJUT
Segala informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.