STR 2027 UNTUK ISI RUMAH : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Isi Rumah yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijangka akan bertambah dari 3.1 juta. Kerajaan telah membuka permohonan baharu kepada isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) untuk penerimaan bayaran 2027.
Bagaimanakah semak kelayakan dan jumlah bayaran STR 2027 untuk isi rumah? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN STR 2027 : MAKLUMAT PEMBAYARAN MENGIKUT KATEGORI
SYARAT KELAYAKAN STR UNTUK ISI RUMAH
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditetapkan untuk penerima isi rumah :
- Suami atau Isteri merupakan Warganegara Malaysia;
- Berkahwin sama ada mempunyai anak atau tiada anak; atau
- Balu atau bercerai dan mempunyai anak yang masih bawah tanggungan;
- Anak berumur 18 tahun ke bawah atau 21 tahun masih belajar di IPTA / IPTS;
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
JUMLAH BAYARAN STR 2027 UNTUK ISI RUMAH
Penerima Isi Rumah B40 dan M40 akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang berbeza ditetapkan mengikut bilangan anak seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah B40 :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Tiada anak | RM200 |
| 1 hingga 2 orang anak | RM600 |
| 3 hingga 4 orang anak | RM1,100 |
| 5 orang atau lebih | RM1,600 |
- Kategori Isi Rumah M40 :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Tiada anak | RM200 |
| 1 hingga 2 orang anak | RM450 |
| 3 hingga 4 orang anak | RM700 |
| 5 orang atau lebih | RM950 |
CARA PERMOHONAN STR UNTUK ISI RUMAH
Bagi isi rumah yang belum memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh mula kemukakan permohonan secara online melalui portal rasmi seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.