STR 2027 UNTUK IBU TUNGGAL : SYARAT & CARA MOHON

STR 2027 UNTUK IBU TUNGGAL : SYARAT & CARA MOHON

Demi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, Kerajaan akan menyalurkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah sehingga RM1,600 khas kepada isi rumah atau ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih di bawah tanggungan.

Bagaimanakah syarat dan cara mohon STR 2027 untuk ibu tunggal? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2027 UNTUK ISI RUMAH : SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN STR UNTUK IBU TUNGGAL

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditetapkan untuk Ibu Tunggal :

SYARATKETERANGAN KELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had umur
Status PerkahwinanBalu atau bercerai
Tanggungan AnakAda anak yang berumur
18 tahun ke bawah atau
masih tanggungan
(belajar di IPTA / IPTS)
Kadar PendapatanB40 : Bawah RM2,500 sebulan
M40 : RM2,501 hingga RM5,000
sebulan

JUMLAH BANTUAN STR 2027 UNTUK IBU TUNGGAL

Bilangan anak adalah penentu jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diterima oleh Ibu Tunggal. Berikut merupakan jumlah bayaran untuk tahun 2027 :

  • Ibu Tunggal Berpendapatan Bawah RM2,500 Sebulan :
BILANGAN ANAKJUMLAH BAYARAN
1 hingga 2 orang anakRM600 (STR)
dan
RM1,800 (SARA)
3 hingga 4 orang anakRM1,100 (STR)
dan
RM1,800 (SARA)
5 orang atau lebihRM1,600 (STR)
dan
RM1,800 (SARA)
*Nota : Ibu tunggal yang berdaftar dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih akan terima tambahan SARA sebanyak RM1,200 setahun.
  • Ibu Tunggal Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 Sebulan :
BILANGAN ANAKJUMLAH BAYARAN
1 hingga 2 orang anakRM450 (STR)
dan
RM1,200 (SARA)
3 hingga 4 orang anakRM700 (STR)
dan
RM1,200 (SARA)
5 orang atau lebihRM950 (STR)
dan
RM1,200 (SARA)

TARIKH PERMOHONAN STR 2027

Ibu tunggal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan boleh mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 bermula pada :

  • 📝 Permohonan Di Pejabat LHDNM : Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis)
  • 💻 Permohonan Di Portal Rasmi MySTR : Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis)

CARA MOHON STR UNTUK IBU TUNGGAL

Ikuti panduan lengkap cara kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online di Portal Rasmi MySTR :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

*Jika berlaku masalah teknikal atau tidak boleh akses dalam Portal Rasmi MySTR, pemohon boleh kemukakan permohonan secara terus di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

SALURAN RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

📞 Talian STR HASiL : 1800 88 2747
☎️ Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment