PERMOHONAN STR 2027 MANUAL : PANDUAN CARA MOHON & SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
Untuk memudahkan pemohon yang tiada akses internet atau mempunyai masalah teknikal atas talian (online), Kerajaan membenarkan pemohon untuk kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara manual melalui Pejabat HASiL yang terdekat seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara permohonan STR 2027 manual? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2027 UNTUK IBU TUNGGAL : SYARAT & CARA MOHON
TARIKH PERMOHONAN STR 2027 MANUAL
Seperti yang dinyatakan, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk 2027 secara manual dibuka bermula tarikh :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN BERMULA |
|---|---|
| Permohonan Secara Manual | 1 Oktober 2026 (Khamis) |
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON STR 2027
Terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk membolehkan pemohon mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Antara syarat yang ditetapkan adalah :
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN PEMOHON |
|---|---|
| Isi Rumah | -Warganegara Malaysia -Tiada Had Umur -Berkahwin : Ada / Tiada anak -Balu / Bercerai : Ada anak -Pendapatan Bawah RM5,000 |
| Warga Emas | -Warganegara Malaysia -Berumur 60 tahun ke atas -Bujang / Balu / Bercerai : Tiada anak masih tanggungan -Pendapatan Bawah RM5,000 |
| Bujang | -Warganegara Malaysia -Had Umur 21 hingga 59 tahun -OKU 19 tahun ke atas -Bujang / Balu / Bercerai : Tiada anak masih tanggungan -Pendapatan Bawah RM2,500 -Bukan Pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS |
PERMOHONAN STR 2027 MANUAL
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara manual mengikut panduan berikut :
- Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) terdekat.
- Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang (perlu disemak mengikut negeri masing-masing).
- Dapatkan borang permohonan STR di kaunter terpilih.
- Isi borang permohonan secara manual.
- Pastikan lengkap, maklumat adalah tepat dan terkini.
- Buat salinan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan di Pejabat LHDNM tersebut sebelum tarikh akhir.
- Daftar akaun MySTR secara online di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk semakan status kelayakan permohonan.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN STR
Lazimnya permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dihantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan dan diluluskan.
Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
- Salinan MyKad pemohon yang jelas dan sah.
- Salinan MyKad atau MyPR pasangan, jika berkenaan.
- Maklumat akaun bank pemohon, jika berkaitan dengan kaedah pembayaran.
- Dokumen pengesahan pendapatan, jika diminta atau diperlukan.
- Anak kandung: Salinan MyKad, MyKid atau sijil kelahiran anak.
- Anak angkat: Salinan MyKad atau MyKid anak serta sijil pendaftaran anak angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Anak yang masih belajar: Surat pengesahan belajar daripada institusi pendidikan, jika diperlukan untuk pengesahan status anak.
JUMLAH BAYARAN STR 2027
Jika permohonan diluluskan, jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 akan disalurkan mengikut kategori, jumlah pendapatan dan bilangan anak (tanggungan) seperti berikut :
| KATEGORI | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM600 3 – 4 anak : RM1,100 >5 anak : RM1,600 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – |
Selain itu, penerima yang layak juga akan menerima tambahan bantuan melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad dengan jumlah sebanyak berikut :
| KATEGORI | JUMLAH SARA (ASAS) | JUMLAH SARA (E-KASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM1,800 | RM2,400 / RM3,000 |
| Isi Rumah M40 | RM1,200 | – |
| Warga Emas | RM600 | RM1,800 |
| Bujang | RM600 | RM1,200 |
CARA TERIMA BAYARAN STR 2027 MANUAL
Maklumat perbankan pemohon adalah penting kerana penentu cara penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sama ada pengambilan secara manual di kaunter bank atau penerimaan kredit terus dalam akaun bank.
Berikut merupakan cara terima bayaran yang ditetapkan :
- Penerima yang mempunyai akaun bank atas nama sendiri dan melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bagi setiap fasa.
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atas nama sendiri atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’, penerima perlu mengambil bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi setiap fasa.
*Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap masih belum diumumkan dan akan dinyatakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.