SEMAK PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEMAK PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 (jika memenuhi syarat) boleh kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan terima bayaran setiap fasa dengan jumlah yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

Bagaimanakah semak permohonan STR? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2026

TARIKH BAYARAN STR

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
20 – 27
Januari 2026
10 – 30
Mac 2026
Ogos 2026November 2026

JUMLAH BAYARAN STR

Bagaimanapun, jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
BIL.
TANGGUNGAN
ISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700RM200
1 – 2 orangRM1,200RM450
3 – 4 orangRM1,700RM700
Lebih 5 orangRM2,200RM950
  • Kategori Bujang :
BIL.
TANGGUNGAN
BUJANG UMUR
21 – 59 TAHUN
BUJANG UMUR
>60 TAHUN
TiadaRM600

CARA BAYARAN STR

Cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan berdasarkan penerima yang ada dan tiada akaun bank seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Bayaran secara pengkreditan
tunai terus ke dalam akaun
bank penerima melalui sistem
IBG Credit Transfer
Bayaran secara tunai terus
di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia

SEMAK PERMOHONAN STR

Bagi yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh semak status kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MySTR di sini :
  2. Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke MySTR’.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 880305123456.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  6. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan pemohon STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

CARA PERMOHONAN STR

Bagi yang belum memohon, boleh kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MySTR di sini :
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Klik pada butang [Ya, Teruskan] untuk permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang [Semak].
    • Maklumat nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
    • Bahagian bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Masukkan maklumat akaun bank atas nama sendiri yang masih aktif.
  8. Klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment