SEMAK KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2026
Ramai antara penerima yang layak telah berjaya menuntut manfaat mySalam untuk ‘Hospitalisasi’ dan ‘Penyakit Kritikal’ dan menerima bayaran bermula RM50 (minimum) sehingga RM8,000 (maksimum) yang bergantung kepada kelayakan setiap penerima.
Bagaimanakah cara semak kelayakan tuntutan mySalam? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAKI BAYARAN BANTUAN SARA – PANDUAN CARA SEMAK
SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2026
Bukan semua rakyat Malaysia layak untuk menuntut bayaran Bantuan mySalam kerana ianya dikhaskan kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had Umur :
- Berkahwin : 18 hingga 65 tahun.
- Bujang : 21 hingga 65 tahun.
- OKU : 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
SENARAI TUNTUTAN MYSALAM 2026
Terdapat dua (2) jenis manfaat mySalam yang boleh dituntut, iaitu :
- Tuntutan Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
- Tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu (1) daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.
SEMAK KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2026
Status kelayakan sebagai penerima mySalam boleh disemak secara online melalui portal rasmi seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli].
- tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima mySalam akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN MYSALAM (HOSPITALISASI)
Bagi penerima yang dimasukkan ke hospital boleh buat tuntutan hospitalisasi untuk penggantian pendapatan mengikut cara seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli].
- tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Terus klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN MYSALAM (PENYAKIT KRITIKAL)
Bagi penerima yang disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal boleh buat tuntutan mySalam mengikut cara seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli].
- tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Klik pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.