SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2026

SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2026

Melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MyKasih, kerajaan menyalurkan elaun bulanan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Sekiranya anda ingin mengetahui baki elaun terkini, anda boleh semak baki bantuan MyKasih dalam MyKad dengan mudah secara dalam talian (online) untuk merancang perbelanjaan barang dapur anda dengan lebih bijak. Ikuti kaedah semak baki bantuan MyKasih di bawah.

Baca juga: JADUAL BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026

KAEDAH UTAMA SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH

Penerima bantuan boleh menyemak baki kredit dalam MyKad menggunakan 2 cara utama :

  • Semakan Secara Online : Menerusi Portal Rasmi SARA MyKasih (Tanpa Perlu Log Masuk).
  • Semakan Fizikal pada Resit : Dipaparkan di bahagian bawah resit selepas transaksi pembelian dibuat di kaunter pasar raya panel.

SEMAK BAKI SARA BULANAN SECARA ONLINE

Baki Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan SARA : https://sara.gov.my/ atau terus ke https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Di halaman utama, klik pada butang Semak Kelayakan.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa tanda sempang (-) (Contoh : 880102105555).
  4. Tekan butang Semakan Status.
  5. Paparan skrin akan menunjukkan maklumat terperinci termasuk :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Luput Elaun31 Disember 2026
Jumlah Baki Semasa (RM)Contoh : RM100.00

CARA SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH MENERUSI RESIT PEMBELIAN

Sekiranya anda tidak mempunyai akses internet, anda boleh menyemak baki elaun terus selepas berbelanja di kedai/pasar raya panel MyKasih (seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, Giant) :

  1. Buat pembayaran barangan dapur yang diluluskan menggunakan MyKad di kaunter khas MyKasih.
  2. Selepas transaksi selesai, ambil resit bayaran yang diberikan oleh kasir.
  3. Perhatikan bahagian bawah resit, tertera maklumat Baki Elaun MyKasih yang menunjukkan jumlah perbelanjaan dan baki kredit terkumpul yang tinggal.

KADAR ELAUN BANTUAN MYKASIH BULANAN

Penyaluran elaun bantuan disalurkan secara bulanan mengikut kategori penerima dan status pendaftaran eKasih :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SENARAI BARANGAN BOLEH DIBELI MENERUSI MYKASIH

Baki kredit bantuan MyKasih di dalam MyKad terhad untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, seperti :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Barangan Perasa / Bahan Masakan;
  • Minuman Minuman Sehari-hari;
  • Makanan Sejuk Beku;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Bahan Kebersihan Rumah;
  • Ubat-ubatan Berdaftar;
  • Barangan persekolahan;

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH

  • Adakah baki bantuan MyKasih yang belum digunakan akan luput setiap hujung bulan?
    • Tidak. Baki bantuan yang tidak dihabiskan pada bulan semasa tidak akan luput, sebaliknya dibawa ke bulan berikutnya dan dihimpunkan. Walau bagaimanapun, keseluruhan baki mestilah digunakan sebelum 31 Disember 2026.
  • Bagaimana jika baki bantuan MyKasih tidak bertambah pada awal bulan?
    • Sila semak status permohonan STR/SARA anda di portal rasmi MySTR untuk mengesahkan kelayakan. Jika status masih aktif tetapi baki tidak mengemas kini, sila hubungi Talian Bantuan MyKasih.
  • Bolehkah baki elaun MyKasih dikeluarkan secara tunai di kaunter ATM?
    • Tidak boleh. Baki elaun MyKasih adalah berasaskan sistem elaun tanpa tunai (cashless) dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan di kedai panel terpilih sahaja.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan cara Semak Baki Bantuan MyKasih. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment