CARA MOHON EKASIH 2026 : PERMOHONAN BANTUAN SARA MYKASIH

CARA MOHON EKASIH 2026 : PERMOHONAN BANTUAN SARA MYKASIH

Isi Rumah yang berdaftar dan tersenarai dalam Sistem eKasih sebagai penerima miskin atau miskin tegar layak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun lebih tinggi berbanding bukan penerima eKasih.

Bagaimanakah cara mohon ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN EWALLET RM100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

PENGENALAN EKASIH

eKasih merupakan satu sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan memantau program pembasmian kemiskinan di mana sistem ini digunakan untuk mengenal pasti dan membantu warganegara Malaysia yang berpendapatan isi rumah di Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa mendapatkan bantuan sewajarnya.

Antara bantuan yang layak diterima oleh golongan miskin dan miskin tegar yang layak adalah :

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih

SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2026

Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

JUMLAH BAYARAN SARA EKASIH 2026

Kadar bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM2,400 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM1,800 Setahun
BujangRM100 Setiap BulanRM1,200 Setahun

CARA DAFTAR SISTEM EKASIH 2026

Untuk golongan isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) hendaklah berdaftar di Sistem eKasih untuk layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

CARA MOHON SARA EKASIH 2026

Untuk menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anda perlu terlebih dahulu memohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana SARA akan diberikan secara automatik sekiranya anda layak STR :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
  7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  9. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
  10. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik jika anda berjaya berdaftar di eKasih dan lulus bantuan STR 2026.

CARA SEMAK STATUS SARA EKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  9. Status kelayakan SARA akan dipaparkan.
  10. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Status Kelayakan SARA dan STR akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SEMAK STATUS PENDAFTARAN EKASIH 2026

Status pendaftaran eKasih boleh di semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment