BANTUAN EWALLET RM100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan terutama golongan berpendapatan rendah dalam meringankan kos sara hidup harian termasuk dengan menyediakan bantuan tanpa tunai (cashless) khusus untuk barangan asas.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan ewallet rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYSTR ONLINE : FASA 3 2026
APA ITU BANTUAN EWALLET
Bantuan e-Wallet di sini merujuk kepada bantuan tanpa tunai (cashless) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan setiap bulan di mana kredit bantuan disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk membeli barangan keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
JUMLAH BANTUAN EWALLET 2026
Kadar bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL BILA MASUK BAYARAN BANTUAN EWALLET
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH MASUK BAYARAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang 1 Februari 2026 – Semua 1 Mac 2026 – Semua 1 April 2026 – Semua 1 Mei 2026 – Semua 1 Jun 2026 – Semua 1 Julai 2026 – Semua 1 Ogos 2026 – Semua 1 September 2026 – Semua 1 Oktober 2026 – Semua 1 November 2026 – Semua 1 Disember 2026 – Semua |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026