SEMAK MYSTR ONLINE : FASA 3 2026

SEMAK MYSTR ONLINE : FASA 3 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 akan mula diagihkan mengikut jadual dan tarikh bayaran ditetapkan, dan bakal memberi manfaat kepada lebih ramai penerima termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Bagaimanakah semak mystr online? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: BANTUAN BUJANG 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMAKELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin
(Ada atau Tiada Anak); atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak (Tiada Anak)

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak)

Berumur 21-59 tahun;

Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah

Orang Kurang Upaya (OKU) berumur
19 tahun sehingga 59 tahun;

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

KADAR KELAYAKAN BAYARAN MYSTR 2026

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas (Tiada Pasangan)
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan

Jumlah bayaran Fasa 3 belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

PORTAL MYSTR ONLINE

Portal rasmi untuk semakan urusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAK STATUS MYSTR ONLINE

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KEPENTINGAN SEMAK MYSTR

Melalui semakan di Portal Rasmi MySTR, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mendapat info seperti :

  • Status permohonan;
  • Status kelayakan terkini;
  • Status permohonan rayuan;
  • Kemas kini permohonan;
  • Jumlah kelayakan bayaran

TARIKH MASUK DUIT MYSTR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikreditkan mengikut Fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : 20 Januari 2026
  • Fasa 2 : 10 Mac 2026
  • Fasa 3 : Belum diumumkan
  • fasa 4 : Belum diumumkan

CARA MASUK DUIT MYSTR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkanPenerima
Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment