BANTUAN SARA SETIAP BULAN DALAM MYKAD – SEMAKAN BAYARAN

BANTUAN SARA SETIAP BULAN DALAM MYKAD – SEMAKAN BAYARAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dalam MyKad fasa Mei kini telah dikreditkan kepada penerima yang layak untuk terus menikmati barangan keperluan asas yang diperlukan.

Bagaimanakah cara semak bayaran bantuan sara setiap bulan dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : PANDUAN LENGKAP SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih dan Bukan eKasih;
  • Semua Kategori ; Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan & Bujang.

JUMLAH BANTUAN SARA SETIAP BULAN

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, setiap bulan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 x 12 Bulan
(Total Setahun : RM2,400)
RM100 x 12 Bulan
(Total Setahun : RM1,200)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 x 12 Bulan
(Total Setahun : RM1,800)
RM50 x 12 Bulan
(Total Setahun : RM600)
BujangRM100 x 12 Bulan
(Total Setahun : RM1,200)
RM50 x 12 Bulan
(Total Setahun : RM600)

TARIKH PENTING BANTUAN SARA SETIAP BULAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
BERMULA
TARIKH BAYARAN
SETIAP BULAN
TARIKH LUPUT
9 Januari 2026 &
16 Januari 2026
9 Januari 2026
16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN SARA SETIAP BULAN

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment