SEMAKAN GURU COS 2026

SEMAKAN GURU COS 2026

Terkini! Semakan kelayakan Guru Contract of Service (COS) kini boleh di semak bermula harini. Para pemohon boleh membuat semakan segera untuk tindakan selanjutnya sebelum Portal semakan ditutup.

Bagaimanakah semakan guru cos 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK DUIT MYKASIH 2026

PENGENALAN GURU COS

Guru COS atau Guru Contract of Service, ialah lantikan kontrak oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk Graduan Ijazah Bukan Pendidikan berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara kontrak bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

TARIKH SEMAKAN GURU SOS

Kelayakan panggilan temuduga boleh di semak bermula pada tarikh berikut :

JENIS SEMAKANTARIKH SEMAKAN
Semakan Panggilan Temuduga Guru CoS22 April 2026, Rabu
(bermula jam 2.00 petang)

PERBEZAAN GURU COS & PDPP

Guru CoS PDPP dan PDPP adalah berbeza, dan boleh dilihat seperti berikut :

  • CoS PDPP : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Contract of Service
  • PDPP : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
KRITERIACoS PDPPPDPP
PelantikanDilantik sebagai PPP DG9 (CoS)
dan
pengajian PDPP di IPG (kontrak)
Dilantik sebagai PPP DG9 selepas tamat pengajian PDPP
Penempatan
Sekolah
Di sekolah rendah KPMDi sekolah rendah KPM
selepas pengajian
Tarikh Mula PengajianBermula Januari 2027Bermula Ogos 2026
Jadual PengajianMingguan Hujung minggu dan cuti sekolahSepenuh masa mengikut kalendar IPG
Yuran Pengajian Yuran Pengajian ditanggung sendiriYuran pengajian dibiaya oleh KPM dan elaun RM530 sebulan

IKLAN PENGAMBILAN GURU COS 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk mengisi permohonan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah menerusi portal rasmi myPDPP bermula 2 Mac hingga 20 Mac 2026.

Maklumat Jawatan :

JAWATANGAJI PERMULAAN
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Contract of Service)RM2,360.00

Syarat Utama Guru Cos 2026 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kepujian Bahasa Melayu SPM / SVM;
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda (Bukan Bidang Pendidikan).

Hanya calon yang layak akan dipanggil UKCG dan temuduga dan calon wajib mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.

CALON TIDAK LAYAK GURU COS 2026

Berikut antara sebab-sebab tidak layak memohon Guru CoS :

  • Graduan Pendidikan;
  • Guru interim;
  • Diisytiharkan bankrap;
  • Diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan;
  • Jenayah / penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;
  • Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal dalam peperiksaan dana ditamatkan pengajian;
  • Pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah;
  • Memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.

SEMAKAN GURU COS 2026

Panduan lengkap semakan Guru Contract of Service 2026 seperti berikut :

  1. Layari laman portal rasmi myPDPP di pautan : https://mypdpp.moe.gov.my/pd/
  2. Laman utama portal akan dipaparkan.
  3. Log masuk Portal untuk semakan kelayakan temuduga.
  4. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  5. Kemudian klik [Hantar].
  6. Semakan keputusan Guru Cos akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH PENTING myPDPP 2026

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru CoS) untuk tahun 2026 :

PERKARATARIKH
Iklan Jawatan23 Februari 2026
Permohonan Dibuka & Ujian kelayakan2 – 20 Mac 2026
Permohonan Ditutup20 Mac 2026
(11.59 malam)
Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)30 Mac – 8 April 2026
Keputusan Panggilan Temuduga22 April 2026
Ujian Temuduga27 April – 22 Mei 2026
Keputusan Permohonan30 Jun 2026
Muat naik dokumen kesihatan30 Jun – 16 Julai 2026
Keputusan PermohonanSeptember 2026
Kemaskini maklumat calon berjaya e-GraduanOktober 2026
Tawaran Lantikan PDPPNovember 2026
Tawaran pengajian di IPG KampusNovember 2026
Pendaftaran Guru CoS ke sekolahJanuari 2027
Pendaftaran PDPP di IPG KampusJanuari 2027

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Guru Contract of Service (COS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.spp.gov.my/pengumuman/2026/pengumuman-umum/hebahan-pengambilan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-tahun-2026

Leave a Comment