BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM100 SETIAP BULAN 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Barang dapur adalah keperluan yang amat penting untuk meneruskan kelangsung hidup, namun adakalanya harga barangan dapur meningkat dan membebankan rakyat yang kurang berkemampuan. Oleh itu, Kerajaan menyalurkan bantuan khas untuk menampung pembelian barang dapur setiap bulan.
Bagaimanakah cara check status kelayakan penerima bantuan pembelian barang dapur RM100 setiap bulan? Ikuti panduan dan baca info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
PANDUAN GUNA BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM100 SETIAP BULAN 2026
Mudah sahaja untuk membuat pembelian barang dapur dengan menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam kad pengenalan. Ikuti panduan lengkap di bawah :
- Kunjungi premis terpilih (kedai runcit / pasar mini / pasar raya) yang berdekatan.
- Pilih barang dapur yang ingin dibeli berdasarkan senarai yang diluluskan.
- Pergi ke kaunter yang ada label ‘MyKasih’.
- Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas barang-barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan penerima.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
SENARAI PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026
Terdapat 11 jenis barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam Kad Pengenalan pada setiap bulan dan antara jenama yang diluluskan adalah termasuk :
| SENARAI BARANG | JENAMA DILULUSKAN |
|---|---|
| Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
| Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
| Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
| Minyak masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
| Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
| Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
| Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
| Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
| Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
| Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
| Makanan sejuk beku | Ramly, Ayamas, Kruchs dan sebagainya |
HAD PEMBELIAN BARANG DAPUR SETIAP BULAN 2026
Bukan semua kategori dihadkan sebanyak RM100 setiap bulan untuk beli barang dapur. Namun kerajaan menetapkan had pembelian yang berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | HAD PEMBELIAN SETIAP BULAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Pembelian Barang Dapur, ikuti panduan lengkap check status di bawah :
| PAUTAN RASMI CHECK STATUS |
|---|
| https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila layari pautan rasmi Check Status di atas.
- Bahagian Check Status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 880330112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Check Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://sara.gov.my/.