BANTUAN KHAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & INFO BAYARAN
Rakyat Sarawak yang lahir dan menetap di Negeri Sarawak serta memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan akan menerima manfaat bayaran Bantuan Khas yang diperuntukan sehingga RM680 juta untuk disalurkan kepada ketua isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagaimanakah semak status kelayakan dan info bayaran Bantuan Khas Sarawak? Baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : BUDI95 SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA SUBSIDI
APA ITU BANTUAN KHAS SARAWAK?
Inisiatif Bantuan Khas untuk rakyat Sarawak adalah merupakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang disalurkan untuk membantu menampung keperluan asas mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK
Kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan Sarawak dengan jumlah yang berlainan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN | BAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM950 | Fasa 1 : RM316 Fasa 2 : RM316 Fasa 3 : RM318 |
| Warga Emas | RM500 | Fasa 1 : RM166 Fasa 2 : RM166 Fasa 3 : RM168 |
| Bujang | RM300 | Fasa 1 : RM100 Fasa 2 : RM100 Fasa 3 : RM100 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK
Namun, bayaran Bantuan Sarawak tidak dilaksanakan sekaligus kerana ianya dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026, Selasa |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026, Jumaat |
| Fasa 3 | 10 November 2026, Selasa |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK
Pembayaran Bantuan Sarawak kali ini dengan cara yang berlainan melalui medium seperti berikut :
| CARA BAYARAN | MEDIUM PENERIMAAN |
|---|---|
| Pembayaran secara tanpa tunai (baucar digital) dikreditkan setiap empat (4) bulan sekali | Akaun e-Dompet (Aplikasi S Pay Global) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN KHAS SARAWAK
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sarawak boleh disemak secara atas talian (online) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Cari].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Name (Nama) | Ahmad Bin Ali |
| MyKad Number (Nombor Kad Pengenalan) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Category (Kategori) | Isi Rumah (Household) |
| SKAS Value (Jumlah SKAS) | RM950 |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.