BUDI95 SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA SUBSIDI
Pihak Kerajaan memberikan kuota subsidi minyak petrol RON95 (BUDI MADANI RON95) dengan kadar yang sama sahaja bagi setiap penerima dan kuota tersebut akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1 hari bulan.
Bagaimanakah semak kelayakan dan baki kuota subsidi BUDI95? Rujuk panduan dan info di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA – STATUS BAYARAN SETIAP BULAN
APA ITU BUDI95?
BUDI95 adalah merupakan sebuah program subsidi minyak petrol RON95 yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia supaya dapat menikmati manfaat minyak petrol RON95 dengan harga terendah iaitu RM1.99 seliter berbanding harga pasaran RM4.02 seliter.
KADAR KUOTA BUDI95
Setiap seorang penerima diberikan kadar kuota subsidi BUDI95 yang sama sahaja setiap bulan, iaitu sebanyak berikut :
| HARGA MINYAK SUBSIDI | KADAR KUOTA BUDI95 |
|---|---|
| RM1.99 seliter | 200 liter sebulan |
SYARAT KELAYAKAN BUDI95
Hanya Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan boleh menggunakan subsidi BUDI95 untuk mengisi minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 tahun dan ke atas |
| Status Lesen | Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif |
| Pemilikan Kenderaan | Kenderaan jenis petrol RON95 |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan (B40, M40 dan T20) |
BUDI95 SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA SUBSIDI
Status kelayakan dan baki kuota subsidi BUDI95 boleh disemak melalui portal yang sama sekaligus seperti panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BUDI95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing.
- Halaman utama Portal Rasmi BUDI95 akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [BUDI95 Individu].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tunggu Nombor MyKad anda disahkan.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan dan baki subsidi BUDI95 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KUOTA SUBSIDI BUDI95
Bagi yang disahkan layak, boleh menggunakan subsidi BUDI95 untuk mengisi minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter. Berikut merupakan cara guna yang mudah :
- Pergi ke stesen minyak terdekat anda.
- Berikan MyKad kepada juruwang atau masukkan ke terminal pembaca di pam.
- Nyatakan liter yang anda inginkan.
- Bayar secara tunai atau menggunakan kad bank.
- Isi minyak seperti biasa.
- Baki kuota subsidi akan ditolak.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Budi Madani RON95. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian BUDI95 : 1300 88 9595
- Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
- E-mel BUDI95 : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.