BANTUAN KHAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & INFO BAYARAN

BANTUAN KHAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & INFO BAYARAN

Rakyat Sarawak yang lahir dan menetap di Negeri Sarawak serta memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan akan menerima manfaat bayaran Bantuan Khas yang diperuntukan sehingga RM680 juta untuk disalurkan kepada ketua isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagaimanakah semak status kelayakan dan info bayaran Bantuan Khas Sarawak? Baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : BUDI95 SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA SUBSIDI

APA ITU BANTUAN KHAS SARAWAK?

Inisiatif Bantuan Khas untuk rakyat Sarawak adalah merupakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang disalurkan untuk membantu menampung keperluan asas mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK

Kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan Sarawak dengan jumlah yang berlainan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BANTUANBAYARAN
SETIAP FASA
Isi RumahRM950Fasa 1 : RM316
Fasa 2 : RM316
Fasa 3 : RM318
Warga EmasRM500Fasa 1 : RM166
Fasa 2 : RM166
Fasa 3 : RM168
BujangRM300Fasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM100
Fasa 3 : RM100

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK

Namun, bayaran Bantuan Sarawak tidak dilaksanakan sekaligus kerana ianya dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026, Selasa
Fasa 215 Mei 2026, Jumaat
Fasa 310 November 2026, Selasa

MEDIUM BAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAK

Pembayaran Bantuan Sarawak kali ini dengan cara yang berlainan melalui medium seperti berikut :

CARA BAYARANMEDIUM PENERIMAAN
Pembayaran secara tanpa tunai
(baucar digital) dikreditkan
setiap empat (4) bulan sekali
Akaun e-Dompet
(Aplikasi S Pay Global)
*Penerima boleh buat pembelian barang keperluan asas dengan guna kod QR dalam akaun e-Dompet S Pay Global tanpa perlu buat pengeluaran tunai.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN KHAS SARAWAK

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sarawak boleh disemak secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Cari].
  5. Status kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dipaparkan.
  6. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak :

Name (Nama)Ahmad Bin Ali
MyKad Number (Nombor Kad Pengenalan)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Category (Kategori)Isi Rumah (Household)
SKAS Value (Jumlah SKAS)RM950

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.

Leave a Comment