BAKI BANTUAN DALAM MYKAD : SEMAK, CHECK

BAKI BANTUAN DALAM MYKAD : SEMAK, CHECK

Kredit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bagi tempoh 12 bulan bermula Januari sehingga Disember untuk digunakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA.

Berikut adalah panduan lengkap mengenai cara mudah untuk membuat semakan baki bantuan dalam MyKad secara online.

Bagaimanakah semak dan check baki bantuan dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026 : SEMAK

SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD

Baki duit bulanan Bantuan Dalam MyKad (SARA) 2026 boleh di semak seperti berikut :

Cara Semak Baki Secara Online :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
Status KelayakanLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

Cara Semak Baki Di Resit Pembelian & Kaunter Pasar Raya :

  • Melalui Resit Pembelian : Setiap kali anda membuat pembelian barangan asas guna, baki bantuan dalam MyKad terkini akan dicetak secara automatik pada bahagian bawah resit rasmi anda.
  • Melalui Juruwang Kaunter : Anda boleh meminta bantuan juruwang di kaunter MyKasih untuk menyemak baki kredit MyKad anda sebelum imbasan barang dilakukan.

AMAUN BANTUAN DALAM MYKAD

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;

Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
Warganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

TEMPOH SAH BAKI BANTUAN DALAM MYKAD

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh digunakan bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa berikut :

TARIKH MULA BAYARANTARIKH AKHIR/LUPUT
9 & 16 Januari 202631 Disember 2026

SOALAN LAZIM (FAQ)

  • Adakah baki bantuan dalam MyKad yang tidak dihabiskan akan luput?
    Tidak. Baki elaun bulanan yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya secara automatik (carry forward) dan tidak akan luput sehingga tempoh program berakhir pada hujung tahun.
  • Adakah boleh baki bantuan dalam MyKad dikeluarkan dalam bentuk wang tunai (cash)?
    Tidak boleh. Baki elaun dalam MyKad hanya sah digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya rakan kongsi MyKasih sahaja.
  • Apa perlu dibuat jika baki dalam MyKad tidak bertambah selepas tarikh pengkreditan?
    Sila semak semula status kelayakan anda di portal rasmi STR/SARA atau hubungi talian bantuan MyKasih untuk tindakan pengesahan pangkalan data.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).

Leave a Comment