SENARAI BARANG BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

SENARAI BARANG BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Lebih 140,000 barangan keperluan asas daripada 15 kategori barangan yang diluluskan untuk ditebus oleh penerima yang layak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun 2026 bagi memenuhi keperluan asas maisng-masing.

Bagaimanakah cara guna dan senarai barang bantuan asas rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK MYKASIH ONLINE 2026 : CARA SEMAK BANTUAN SARA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMA BERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA PEMBAYARAN & MANFAAT BANTUAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 dilaksanakan seperti berikut :

CARA PEMBAYARANMANFAAT / KEGUNAAN
Tanpa tunai (cashless) melalui
MyKad (Kad Pengenalan)
Boleh menebus atau berbelanja lebih 140,000 barangan keperluan asas daripada 15 kategori barangan yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar Program SARA

SENARAI BARANGAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Berikut merupakan 15 Kategori Barangan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA 2026 :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mee segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam tin;
  • Bahan perasa;
  • Produk Kebersihan Rumah;
  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan;
  • Barangan Peralatan Sekolah; dan
  • Makanan Sejuk Beku.

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di https://sara.gov.my/ dan senarai kedai berdaftar di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA GUNA DUIT BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan atau menebus barangan keperluan asas yang diluluskan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment