STR 2026 SEMAKAN : FASA 4 KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

STR 2026 SEMAKAN : FASA 4 KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

Membuat semakan STR Fasa 4 2026 membolehkan setiap pemohon baharu dan penerima sedia ada untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak untuk menerima pembayaran fasa terkini, dengan amaun yang bakal diterima.

Bagaimanakah cara semakan status STR 2026 untuk pembayaran Fasa 4? Sila ikuti info lanjut serta tutorial lengkap yang kami sediakan di bawah.

Baca juga: BANTUAN TUNAI WARGA EMAS 2026 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA

TARIKH RASMI BAYARAN STR 2026

Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan mengumumkan tarikh rasmi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk setiap fasa pemberian melalui siaran media rasmi :

PERINGKATTARIKH BAYARANSTATUS BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
20 Januari 2026Selesai Dikreditkan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
10 Mac 2026Selesai Dikreditkan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 3
15 Ogos 2026Selesai Dikreditkan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 4
Bakal Diumumkan

Tarikh rasmi bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi diumumkan oleh Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Akan Datang

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, mereka hendaklah memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti yang berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahKahwin (Ada atau Tiada Anak)

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada PasanganBujang

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak

Berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak

Berumur 21-59 tahun

Berumur 19-59 tahun (Orang Kurang Upaya (OKU)

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

KENAPA PERLU SEMAKAN STR?

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) penting untu mengetahui status kelayakan individu. Sekiranya individu membuat semakan di Portal MySTR, maklumat akan dipaparkan seperti berikut :

  • Nama Penerima;
  • Fasa Pembayaran;
  • Jumlah Dikredit;
  • Status Pengkreditan.

STR 2026 SEMAKAN

Bagi STR 2026, semakan status permohonan dan kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIMUM BAYARAN
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 dan ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangBantuan digantikan dengan SARA setiap bulan

*Catatan: Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kelayakan penerima, dimana bayaran akan diberikan bermula fasa permohonan diluluskan, dengan amaun yang diberikan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

AMAUN BAYARAN STR SETIAP FASA

Pihak Kerajaan MADANI menetapkan amaun bayaran STR 2026 bagi Fasa 1, 2, 3, 4 kepada penerima yang layak dengan jumlah yang berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Tiada AnakRM200RM150RM200RM150
1 – 2 AnakRM300RM300RM300RM300
3 – 4 AnakRM400RM450RM450RM400
5 Anak Ke AtasRM500RM600RM600RM500
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Tiada AnakRM100RM100RM0RM0
1 – 2 AnakRM100RM100RM150RM100
3 – 4 AnakRM150RM200RM200RM150
5 Anak Ke AtasRM200RM250RM250RM250
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
RM150RM150RM150RM150
  • Bujang :
BANTUAN SARATOTAL KESELURUHAN
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM600

CARA PEMBAYARAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Tuntutan secara tunai oleh penerima di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan jika tiada akaun bank atau berstatus ‘Gagal Kredit’.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment