SEMAKAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Pelbagai inisitif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan termasuk B40 dengan turut menyediakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas termasuk barang dapur bagi memenuhi keperluan harian penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan beli barang dapur? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 TERBARU : TARIKH & KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

PENERIMA EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Warganegara Malaysia;

Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Warganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

KADAR BANTUAN BELI BARANG DAPUR

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Kategori Isi Rumah :
RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember)
Kategori Isi Rumah :
RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember)
Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember)
Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember)
Kategori Bujang :
RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember)
Kategori Bujang :
RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember)

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2026

Antara barangan dapur yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Makanan Sejuk Beku : Sosej / Burger / Daging / Sayuran Sejuk Beku

Untuk senarai penuh anda boleh semak di : https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/

CARA BELI BARANG DAPUR

Penerima yang belum mengetahui cara membeli barangan dapur menggunakan kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Penerima boleh mengunjungi kedai atau pasar raya berdaftar SARA seperti 99 Speedmart, Lotus, Mydin dan sebagainya untuk mendapatkan barangan tersebut.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment