PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 2026 – PANDUAN LENGKAP
Individu yang status permohonan menunjukkan ‘Tidak Lulus’ atau permohonan ditolak disebabkan tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi permohonan, boleh mengenal pasti alasan tidak lulus dan mengemukakan permohonan rayuan mengikut syarat yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara permohonan rayuan str fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut di sini.
Baca juga: BANTUAN BELI BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT PERMOHONAN RAYUAN STR
Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu di mohon sekiranya :
- Permohonan berstatus ‘Tidak Lulus’ atau ‘Tidak Layak’;
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2026; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN RAYUAN STR
Permohonan baharu, rayuan, kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026, boleh di mohon sehingga tarikh berikut :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH AKHIR PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Baharu / Rayuan / Kemas kini STR FASA 3 2026 | 15 Jun 2026, Isnin |
PORTAL PERMOHONAN RAYUAN STR ONLINE
Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh di buat secara online di Portal berikut :
| PORTAL PERMOHONAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA PERMOHONAN RAYUAN STR
Panduan lengkap rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Rayuan).
- Lengkapkan Maklumat yang diperlukan diruangan yang disediakan dengan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan yang diperlukan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
SEMAK STATUS PERMOHONAN RAYUAN STR
Panduan lengkap semakan status rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut :
- Layari portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik pada bahagian (Status Permohonan STR);
- Status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026