TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk awalkan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 2 bagi membantu memudahkan urusan kewangan rakyat untuk membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri dalam masa kurang dari 10 hari sahaja lagi.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima dan tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 2 2026? Baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SKAS SARAWAK SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 TELAH DIUMUMKAN

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 2 diawalkan. Namun, penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 pada tarikh yang berbeza seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMA🗓️ TARIKH BAYARAN
Penerima Sedia Ada
(5 juta penerima)
Bermula :
10 Mac 2026 (Selasa)
dan
berperingkat
Penerima Baharu
(200,000 penerima)
Bermula :
30 Mac 2026 (Isnin)
dan
berperingkat

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026

Dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 billion, Kerajaan akan agihkan bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada setiap penerima dengan kadar yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) dan isi rumah tunggal (ada anak).
ISI RUMAH
PENDAPATAN B40
(BAWAH RM2,500)
ISI RUMAH
PENDAPATAN M40
(SEHINGGA RM5,000)
Tiada anak : RM200Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM3501 – 2 anak : RM150
3 – 4 anak : RM4503 – 4 anak : RM200
>5 anak : RM600>5 anak : RM350
  • Kategori Bujang :
    • Bujang belum berkahwin dan balu / duda / janda (tiada anak).
BUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN & KE ATAS
RM150

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026

Penerima yang ada akaun bank dan penerima yang tiada akaun bank akan menerima bayaran Bantuan STR dengan kaedah yang berbeza seperti berikut :

  • Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Ada Akaun Bank :
    • Penerima perlu menunggu bayaran Bantuan STR dikredit masuk ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan dan dipilih sebagai akaun penerima bayaran).
  • Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Penerima perlu menuntut bayaran Bantuan STR di kaunter khas mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran (pada waktu bekerja 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2026

Pemohon yang telah kemukakan permohonan sama ada sedia ada atau baharu, boleh buat semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Fasa 2 mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Pergi ke laman web rasmi STR 2026 :
  2. Log Masuk ke akaun pengguna :
    • Klik pada butang [Log Masuk] tersebut.
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan pengguna.
    • Klik pada butang [Semak].
    • Sahkan Kata Kunci Keselamatan dengan klik [Ya].
    • Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
    • Klik pada butang [Log Masuk].
  3. Semakan Kelayakan :
    • Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  4. Status kelayakan penerima akan dipaparkan :
    • ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
  5. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

1 thought on “TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment