SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2026 : LULUS ATAU TIDAK

SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2026 : LULUS ATAU TIDAK

Penting untuk tahu status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sama ada lulus atau tidak lulus, kerana hanya pemohon yang disahkan lulus sahaja akan menerima bayaran Fasa 4 ini secara berperingkat melalui pengkreditan dalam akaun atau tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagaimanakah semak bayaran STR Fasa 4 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR BUJANG 2027 : PERMOHONAN, KEMASKINI STR ONLINE]

NILAI BAYARAN STR FASA 4 2026

Nilai bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 ditentukan berdasarkan kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
ISI RUMAH B40
KATEGORI
ISI RUMAH M40
KATEGORI
WARGA EMAS
Sehingga RM500

(mengikut bilangan
anak)
Sehingga RM250

(mengikut bilangan
anak)
RM150
(sama setiap individu)

MAKSUD STATUS BAYARAN STR FASA 4 2026

Jika buat semakan, pemohon perlu tahu maksud status yang dipaparkan seperti berikut :

  • Lulus : Permohonan diluluskan dan layak menerima bayaran.
  • Tidak Layak : Permohonan ditolak oleh sebab-sebab tertentu (tidak memenuhi syarat kelayakan / permohonan tidak lengkap / sebagainya).
  • Dalam Proses : Permohonan masih dalam proses semakan dan pemohon perlu buat semakan status dari semasa ke semasa.
  • Gagal Kredit : Permohonan telah disahkan lulus tetapi ‘Gagal Kredit’, pemohon perlu menuntut bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

SYARAT LAYAK STR FASA 4 2026

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bayaran Fasa 4 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kemukakan permohonan sebelum 30 September 2026;
  • Kategori :
    • Isi Rumah (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak masih tanggungan);atau
    • Bujang / balu / duda / janda merupakan Warga Emas (tiada anak / bukan tanggungan).
  • Pendapatan isi rumah atau warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.

SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2026

Untuk tahu sama ada lulus atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila ke Portal Rasmi mySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Portal Rasmi mySTR akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Pilih sama ada terus log masuk guna MyDigital ID atau masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang [Semak].
  5. Jika klik butang [Semak], Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status permohonan dan perincian bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SALURAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment