JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAK STATUS & TARIKH PEMBAYARAN

JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAK STATUS & TARIKH PEMBAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setelah bayaran Fasa pertama (1) hingga Fasa ketiga (3) telah selesai dilaksanakan, kini bayaran Fasa keempat (4) pula akan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat sekaligus untuk membantu penerima membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali 2026.

Bagaimanakah jadual bayaran STR Fasa 4 2026? Rujuk panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 4 2026 TELAH MULA DILAKSANAKAN

JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut jadual waktu seperti berikut :

JENIS BANKWAKTU BAYARAN
Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 9 pagi
Bank IslamSelepas 8 malam
Affin BankSelepas 8 malam
AmbankSelepas 8 malam
MaybankSelepas 9 malam
Cimb BankSelepas 9 malam
RHB BankSelepas 9 malam
Bank MuamalatSelepas 10 malam
Lain-lain bankSelepas 10 malam
*Namun, bayaran masuk ke dalam akaun bank tidak menentu dan penerima perlu menyemak bayaran dari semasa ke semasa.

JENIS BAYARAN STR FASA 4 2026

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bukan sahaja dimasukkan ke dalam akaun bank penerima, tetapi bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau status pengkreditan menunjukan ‘Gagal Kredit’ akan menerima bayaran melalui dua (2) jenis pembayaran berikut :

  1. Pembayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima (berperingkat selama 3 hingga 5 hari pelaksanaan); atau
  2. Pembayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada waktu operasi bank.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2026

Setiap kategori penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dengan jumlah yang berbeza-beza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
Isi Rumah B40Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM300
>5 anak : RM500
Isi Rumah M40Tiada anak : –
1 – 2 anak : RM50
3 – 4 anak : RM200
>5 anak : RM250
Warga EmasRM150

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FAS 4 2026

Ikuti panduan lengkap cara untuk semak status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 seperti di bawah :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan dan status bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

SALURAN RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

☎️Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment