BILA TARIKH STR FASA 4 2026 : SEMAK JADUAL BAYARAN YANG TELAH DIUMUMKAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kepada lebih 5.5 juta penerima (termasuk penerima baharu) yang layak.
Bagaimanakah semakan status dan bila tarikh bayaran STR Fasa 4 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2026 : LULUS ATAU TIDAK
BAGAIMANA CARA TERIMA STR FASA 4 2026
Cara terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 ditentukan berdasarkan jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Bayaran secara pengkreditan dalam akaun bank penerima (berperingkat 3 – 5 hari pelaksanaan) |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) (pada waktu operasi bank sahaja) |
BILA TARIKH STR FASA 4 2026
Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 secara rasmi, namun bayaran dijangka diawalkan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 8 November 2026.
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 4 | Hujung Oktober 2026 hingga Awal November 2026 |
BERAPA JUMLAH STR FASA 4 2026
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah bermula RM50 sehingga RM500 tertakluk kepada kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang (Warga Emas) | RM150 |
| Isi Rumah B40 (Tiada anak) | RM100 |
| Isi Rumah 40 (1 – 2 anak) | RM250 |
| Isi Rumah B40 (3 – 4 anak) | RM300 |
| Isi Rumah B40 (>5 anak) | RM500 |
| Isi Rumah M40 (Tiada anak) | Tiada |
| Isi Rumah M40 (1 – 2 anak) | RM50 |
| Isi Rumah M40 (3 – 4 anak) | RM100 |
| Isi Rumah M40 (>5 anak) | RM250 |
SIAPA LAYAK TERIMA STR FASA 4 2026
Antara penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah dari kategori berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500;
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000; dan
- Bujang berumur 60 tahun ke atas (Warga Emas).
Penerima sedia ada atau pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan sebelum 30 September 2026, boleh tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026.
Ikuti cara semakan lengkap di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.