BAYARAN STR FASA 4 2026 TELAH MULA DILAKSANAKAN
Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 8 November 2026, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) dijangka akan diawalkan dan akan dilaksanakan antara hujung bulan Oktober hingga awal bulan November 2026.
Bagaimanakah bayaran STR Fasa 4 2026 dilaksanakan? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR 2027 MANUAL : PANDUAN CARA MOHON & SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026
Setakat ini, pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum membuat pengumuman rasmi berkaitan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) namun dijangka akan dilaksanakan seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Hujung Oktober 2026 |
| Penerima Baharu | November 2026 |
JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 2026
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 4 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM100 hingga RM500 (mengikut bilangan anak) |
| Isi Rumah M40 | RM50 hingga RM250 (mengikut bilangan anak) |
| Warga Emas | RM150 (Setiap individu) |
| Bujang | – |
CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 4 2026
Dua (2) cara terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan mengikut penerima :
- Pengkreditan Dalam Bank :
- Penerima yang mempunyai akaun bank perlu menunggu bayaran Bantuan STR dikreditkan dalam akaun bank secara berperingkat.
- Penunaian Di Kaunter Bank :
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ perlu menuntut bayaran Bantuan STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Kad Pengenalan.
SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2026
Untuk mengetahui status kelayakan dan perincian bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, anda boleh buat semakan secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Perincian bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.