BILA BANTUAN STR MASUK (FASA 3 2025 ONLINE)
Untuk makluman anda, bayaran bantuan STR Fasa 3 2025 akan diagihkan secara berperingkat tidak lama lagi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh masuk pembayaran STR Fasa 3 bagi kategori penerima yang layak. Turut disertakan juga maklumat lengkap mengenai semakan bantuan STR yang lengkap.
Bilakah bantuan STR Fasa 3 2025 online masuk? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS STR 2025 : (FASA 3) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN STR
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang menepati kriteria syarat kelayakan dan amat perlu bagi harungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari.
Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan atau tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, serta B40 dan M40.
KAEDAH PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran bantuan STR Fasa 3 2025 bagi penerima bantuan adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman sesawang rasmi Sumbangan Tunai Rahmah terlebih dahulu.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR
Panduan lengkap Semakan Status Permohonan STR Fasa 3 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
JUMLAH BILA BAYARAN STR MASUK
Kadar bantuan STR Fasa 3 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 350 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 650 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 300 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
TARIKH BILA BANTUAN STR MASUK
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 3 2025 adalah pada akan dikemaskini.
Kadar bayaran akan masuk secara berperingkat bagi kategori penerima yang layak, dan lulus permohonan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]